RSS

Cari Makanan Kuching!!!

image
Bumi Kenyalang gelaran sinonim
untuk Negeri Sarawak. Salah satu
negeri terbesar di dalam Malaysia
yang terletak di Tanah Borneo. Lihat sejarah Sarawak. Salah satu bahagian yang popular dan terkenal di Sarawak ialah Kuching. Bandaraya Kuching ialah pusat kerajaan moden Sarawak.

image

Jom Naik Belon


Entry kali ini adalah tentang percutian sambil makan-makan di
Kuching Sarawak. Kepada yang ingin bercuti ke Kuching Sarawak terutama yang berada di semenanjung perkara pertama yang harus dilakukan ialah membuat tempahan tiket penerbangan dengan lebih awal.
Kebiasaannya tiket penerbangan
akan menjadi lebih mahal jika dibeli pada saat akhir. Buat semakan dan tempahan terutama di Air Asia.com yang kebiasaannya menawarkan pakej dan tawaran murah.Seterusnya selamat memulakan perjalanan dengan menaiki Belon dan selamat makan angin.

image

Laksa Sarawak


Sarapan pagi di Kuching Sarawak
sebenarnya sama jer dengan menu sarapan di semenanjung. Kita masih boleh lagi order roti canai. Namun apa kata kita cuba plak menu sarapan seperti Laksa Sarawak. Pelik jugak bagi yang pertama kali mencuba menu ni. Aku order Laksa Sarawak tapi sampai Mee Kari plak. Hahaha… sebenarnya Laksa Sarawak ni seakan2 Mee Kari. Kuahnya macam kari tapi bukan kari. Huhu… Boleh tahan sedap. Sedap beb!!!

image

Peniaga Ikan Terubuk


Ikan Terubok Masin… Pilihan utama pelancong dari semenanjung. Bukan sekor dua yang dibeli. Tapi berkotak-kotak. Situasi ini mudah dilihat di sebuah pasar di Satok, Kuching yang majoriti peniaganya ialah penjual Ikan Terubok. Turut dijual ialah Telur Ikan Terubuk dengan harga sekilo yang amat mengejutkan. Saiz telur sebesar tapak tangan boleh mencecah harga lebih RM100. Woww.. cam sedap tapi tak cukup duit laa nak beli. Selain tu Udang Galah yang dikenali sebagai sahabat kepada
si Bujang Senang turut dijual di sini. Hasil pertanian utama di Sarawak iaitu Lada Hitam termasuk yang sudah diproses juga berlambak di pasar ini. Biji-biji Sagu yang popular dan sinonim dengan Ulat Sagu juga banyak dijual. Sagu yang sudah diproses menjadi snek ringan yang nampak macam sedap juga berlambak.

image

Gelojoh Mencekik Mi Kolok


image

Mee Kolo...Berselera


Mi kolok atau Mee Kolo. Menu
kegemaran aku. Ada jual tak kat
Semenanjung??? Nampak ringkas tapi sedap. Mee ni ala2 macam instant Mee Sedap. Tapi ade kicap dan sup. Majoriti kedai2 makan di Kuching Sarawak ada menu ni. Tapi awas seseparuh kedai makan diragui status halalnya. Jaga2 haaa.

image

Makan Sampai Kenyang


Satu lagi makanan yang harus dibeli dan dibawa pulang ke semenanjung ialah Kek Lapis Sarawak. Kalau di semenanjung Kek Lapis Sarawak hanya boleh didapati semasa perayaan Hari Raya Puasa jer. Dan masa tu harga sebuku kek kira2 RM25 hingga RM50 mengikut jenis. Puyoo mahal woo!!! Tapi kalau di
Sarawak kek ni boleh didapati setiap hari kecuali di hari cuti kecemasan si penjual kek. Harga sebuku kek serendah RM10. Dan apa yang lebih menarik beberapa pengusaha kek ni menawarkan tester kek. Tetapi sebenarnya bukan tester kerana ramai yang makan sampai kenyang baru beli. Seronok woo,makan free… Kek Lapis Sarawak menawarkan pelbagai pilihan perisa sehingga rambang mata untuk memilih. Tapi Kek Lapis Sarawak original dari Sarawak ni memang terbaik dan tiada tandingan dengan Kek Lapis Sarawak made in Semenanjung. Salah satu pengusaha Kek Lapis Sarawak yang popular di Kuching ialah Kek Lapis Dayang Salhah. Ehh promote ni. Kek free satu bleh…

image

Tourist Transport @ Teksi Sapu


image

Menaiki Pengangkutan Air


Suasana malam di tengah Pusat
Bandar Kuching pasti jadi sukar buat pelancong yang tidak mempunyai kemudahan transport. Situasi akan menjadi rumit apabila kita terasa lapar selepas jam 10 malam. Hadoi… nak layan live Liga Perdana Inggeris selepas midnite sambil pekena kopi pun susah. Majoriti kedai makan
termasuk deretan kedai beraneka di Bandaraya Kuching menutup premis perniagaan mereka seawal jam 8 malam. Nak cari rokok pun susah. Namun jangan risau. Terdapat satu restoran 24 jam yang sangat popular di tengah2 Pusat Bandar Kuching
dan menayangkan live siaran bola
sepak. Restoran McDonald’s. Wakaka… layan jer laa.
image
Gerekz Sehhh…

Advertisements
 
7 Komen

Posted by di 13/04/2012 in cuti-cuti, negeri

 

Label: , ,

Banyak Blog dan Banyak Blok

image

Menulis Sebuah Blog

Banyak Blog dan Banyak Blok. Dunia makin maju dan berkembang pesat. Tapi apa itu Blog dan apa itu Blok? Ada kene-mengena ke? Memang xde kene-mengena pun.Cuma satu perkara je yang sama.Kedua-duanya semakin banyak.

image

blogspot dan wordpress

Kedua-dua logo di atas ialah laman penerbitan blog yang paling popular. Tapi apa ke mende tu? Secara mudah blog ialah kata ringkasan bagi Weblog. “Hahhh! ape mende plak lah tu?” Laman Web dan Log(catatan) laa. “Hadoiyai ape pun x bleh”. Weblog adalah Jurnal Online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau penulisan mengenai sesuatu perkara. Dan sesuai dengan perkataan log ianya boleh dikemaskini dan ditambah seperti seperti sebuah buku log atau diari. Blog mudah untuk diuruskan atau digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa pengetahuan teknikal yang tinggi atau perisian yang canggih. Dan untuk pengetahuan anda penulisan ini dibuat hanya dengan menggunakan sebuah handphone jenis Samsung Galaxy yang murah. Sangat berbeza untuk membuat sebuah penulisan di laman Web Statik atau jenis CMS (content management system).

image

blog

Istilah asas yang perlu diketahui ialah:-
BLOGGING iaitu berkaitan aktiviti mengemaskini atau menguruskan blog.
BLOGGER iaitu pemilik atau penulis blog itu.

image

Batu Blok

Ehhh! Title kat atas BANYAK BLOG dan BANYAK BLOK.
Blok tue apa plak?”. Hahaha!!! Blok tu kalau di translate dalam English bermaksud block iaitu suatu sekatan atau halangan. Boleh juga membawa maksud Bahagian Kayu/Batu yang besar atau Bangunan/Kompleks. Dan sebenarnya blok boleh membawa banyak maksud. Boleh rujuk dictionary Eng-Malay, Eng-Indon atau Malay-Indon. Kesimpulannya BLOG dan BLOK sama banyak sekarang ini. Itu sahaja. Sekian!!!

image

Filem Blok 404

 
2 Komen

Posted by di 12/04/2012 in sharing