RSS

Tanda-Tanda Orang Mencintai Anda.

17 May

Hai readers…Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Dah lama betul aku x update blog ni. Tak tahu nak entry tentang apa. Mungkin blog ni aku akan update 2 ke 3 entry setahun. HuHu… Tak serius langsung.

Ok… Untuk entry kali ni aku nak berjiwang sikit. Disebabkan dengan semangat jiwang ni la aku excited nak update blog ni. HuHu, ini semua poyo… Dipoyokan lagi  cerita, sebenarnya aku nak kongsi mengenai tanda-tanda orang yang mencintai anda? Dicintai ke? Ntah ek? Ini sekadar pendapat, pemerhatian dan pengalaman aku jer laa. Ehh, aku ada pengalaman ke? Ngerrr…!!! Ok baca check list kat bawah ni…

1. Ayat Manis
Sebenarnya bahaya dengan orang yang mulutnya sentiasa keluar ayat-ayat manis ni. Ntah gula jenis apa yang diorang sumbat kat mulut sampai langsung tiada ayat pahit yang anda terasa. Jangan mudah terpedaya. Tapi boleh juga dipercayai sebab orang yang menyayangi anda akan sentiasa berusaha untuk menarik hati anda dengan kata-kata yang indah. “Saya sayang awak taw, sampai ujung nyawa”. Wow, macam nak lompat sampai ke bintang bila pasangan anda keluar ayat macam tu. Setiap kata-kata yang jujur biasanya akan serasi dengan raut wajah dan air muka. Tapi kadang-kadang berlakon je. Macam pelakon yang selalu buat ayat-ayat cinta kat slot drama petang-petang kat TV3 tu lah…

2. Call atau SMS Dengan Kerap
Kalau dulu zaman cinta monyet guna public phone. Hari ni nombor lain, besok nombor lain. Call pun selepas habis waktu sekolah atau habis waktu kerja. HuHu… Kemudian zaman hp Ericsson yang ade aerial dan Nokia 3310. Sebulan jer berhabis puluhan sampai ratusan ringgit untuk topup. Tapi tu dulu… Sekarang zaman Internet Chating, Internet Voice Call, Messaging Social. Ade Whatsapp, Wechat, Line, Viber, Tango, pehhh macam-macam lah. Satu hari tu je dia punya ayat dalam messaging boleh bikin novel. Tapi ayat ulang-ulang la. Tanya dah makan ke blom dalam sehari jer 10 ke 20 kali…

3. Berusaha Mengongkong
“Ehh dia ni… Nak pegi jamban pun nak kena bagi tahu ke”. Itu melampau lah. Pasangan anda akan mula berusaha menyekat pergaulan dan kebebasan anda. Perasaan risau dan cemburu mulai wujud. Setiap hal atau perkara yang dilalui anda pasti ingin diketahuinya. Kalau boleh mahu bersama setiap masa walau ke lubang cacing sekalipun. Nak keluar rumah, pergi kerja, dengan siapa, dekat mana semua tu nak kena bagi tahu. Sweet juga sebenarnya. Tapi jangan melampaulah. Tak salah kalau pasangan anda cemburu bila melihat anda berbual dengan orang lain. Tapi janganlah cemburu sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang kesat atau sehingga mengubah diri menjadi seorang ahli tomoi amatur.

4. Adakala Seperti Kanak-Kanak.
“Elehhh mengader-ngadernyerrr dia”. Kadang-kadang bersikap manja. Mimik dan raut wajah tiba-tiba dicomelkan. Berbual dengan nada yang meleret-leret dan adakalanya sengaja dipelatkan seperti kanak-kanak baru belajar bercakap. Pengaruh kartun yang melucukan diselit dalam perbualan. Lawak-lawak bodoh ala-ala Mr.Bean disengajakan. Kuat merenggek dan adakalanya merajuk walaupun hal yang remeh temeh. Mahukan perhatian yang lebih seperti baby yang masih menyusu. HuHu… Tak taw malu. Mengader-ngader tapi so sweet.

5. Tiada Lagi Rahsia
Masa mula-mula kenal semuanya rahsia. Profile diri semua rahsia. Tak boleh bagi tahu. Lama-lama pelan-pelan kayuh, dah sayang, dah percaya akhirnya tiada lagi rahsia. Semua ingin dikongsi bersama tanda cinta yang sejati. Walawehhhh… Kesukaan, kegemaran, keinginan, kelemahan, kekurangan dan kelebihan semuanya ingin dikongsi bersama. “Hari ni saya pakai warna pink taw” pehhh tiada lagi P&C. Itu contoh lahhh… Semuanya diketahui baik diluar mahupun didalam. Semua mahu dikongsikan samaada yang suka mahupun yang duka. Sampai boleh kongsi bantal dan katil. Gluppp…

6. Sanggup Berkorban
Dasyat ni. Sanggup berkorban sampai diri dikorbankan. Ngerrr…. Sanggup berkorban masa walaupun sendiri tak ada masa. Sanggup berkorban harta walaupun sendiri tak tahu harta apa yang harus dikorbankan. Sanggup berkorban jiwa dan raga walaupun jiwanya sendiri dah macam sepak raga. Semuanya dibolehkan walaupun sendiri dah tak bleh blah. Sanggup berabis masa, berabis tenaga, berabis duit gaji, berabis beras. HuHu… Berabis semua idea untuk beri yang terbaik. Semuanya kerana cinta lah. Adakalanya sanggup berkorban seperti bermain game perang. Jangan sampai game over sudah.Wuhaha…. Ingat cinta bukan seperti bermain Game Playstation.

Sekadar bercerita dan berkongsi… Indahnya cinta. Muahhhh!!!

 
5 Komen

Posted by di 17/05/2013 in love

 

Label: , , ,

5 responses to “Tanda-Tanda Orang Mencintai Anda.

  1. kiyla

    18/05/2013 at 4:31 PM

    cinta mmg indah tp x semua org sanggup buat mcm tu ape pun that true…

     
  2. sidashamsida

    19/05/2013 at 9:46 AM

    l0ve is n0th!ng…

     
  3. ct mak dia

    21/05/2013 at 1:41 AM

    teringat laa.huhu.malunyeee

     
  4. Mantop

    19/09/2014 at 3:32 AM

    1,2,5,6 tuh betul bang….that’s my MOM…nehehehe❤

     

ada apa-apa comment ?

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: