RSS

Jenis Dan Versi Android… (Desserts)

14 Dec
Jenis Dan Versi Android… (Desserts)

Hai Hai Hai… Ok, entry kali ini aku nak cerita pasal desserts (pencuci mulut). Bukan sebarang-sebarang punya desserts tau. Desserts ni sangat-sangat diidamkan oleh kebanyakkan orang pada zaman sekarang. Nak dapatkan desserts ni jek perlu berhabis duit sampai ribuan ringgit. Gile ape!!! Desserts kat Hotel 5 Star yang puluhan ringgit tu pun 2 ke 3 kali dok fikir nak nggappp. Disebabkan kegilaan kepada desserts ni ada orang sampai sanggup berdiet sakan. Kais pagi makan pagi. Kais petang untuk desserts. Jahanam. Wakaka…

Sebenarnya desserts yang dimaksudkan berkaitan dengan tajuk entry kali ini. Operating System untuk Smartphone yang paling popular dan paling digemari abad ini iaitu Android. Tahukah anda sebenarnya semua jenis versi android dari dulu hingga sekarang menggunakan ‘Codenames’ berdasarkan nama jenis-jenis dessert.

Versi pertama Android dikeluarkan pada tahun 2008 dan dikenali sebagai Android 1.0. Namun tiada sebarang peranti dikeluarkan untuk versi ini. Tahun berikutnya Smartphone Android pertama dikeluarkan dan dikenali sebagai versi 1.1. Selepas versi ini bermulalah era desserts sebagai codenames untuk setiap jenis versi Android. Dan apa yang lebih menarik Android menggunakan kaedah turutan huruf dalam setiap versi peningkatannya. Iaitu dari huruf “A” sampai “Z”. (Macam sure jerk sampai huruf “Z”). Tetapi oleh kerana disebabkan dua versi pendahuluan android tidak menggunakan nama dessert sebagai codenames. Maka versi ketiga android dimulai dengan huruf ‘C’. Berikut adalah sejarah perkembangan desserts dalam versi android.

image

APRIL 2009 ~ ANDROID 1.5 ~ CUPCAKE

image

SEPTEMBER 2009 ~ ANDROID 1.6 ~ DONUT

image

OKTOBER 2009 ~ ANDROID 2.0 & 2.1 ~ ECLAIR

image

MEI 2010 ~ ANDROID 2.2 ~ FROYO

image

DISEMBER 2010 ~ ANDROID 2.3 ~ GINGERBREAD

image

FEBRUARI 2011 ~ ANDROID 3.0/3.1/3.2 ~ HONEYCOMB

image

OKTOBER 2011 ~ ANDROID 4.0 ~ ICE CREAM SANDWICH

image

JUN 2012 ~ ANDROID 4.1 ~ JELLY BEAN

wpid-Android-5.0-Key-Lime-Pie.jpg

Seterusnya adalah Android Key Lime Pie. Namun versi ini tidak dapat dipastikan dengan sahih logo serta tarikh pelancaran dan tidak dapat dipastikan series number yang bakal digunakan.

Versi peningkatan yang seterusnya tidak dapat dipastikan jenis desserts yang bakal digunakan. Namun aku berharap akan ada pengeluaran desserts yang lebih menyelerakan terutama desserts dari Malaysia. Harap-harap ada desserts seperti Lengkong, Puding, Pulut Mangga atau Tapai Ubi. Wakaka…

p/s : dessert mengandungi banyak gula.

 
4 Komen

Posted by di 14/12/2012 in sharing, smartphone

 

Label: , ,

4 responses to “Jenis Dan Versi Android… (Desserts)

  1. Tanpa Nama

    14/12/2012 at 9:34 AM

    Sedap woo

     
    • gerekz

      16/12/2012 at 6:21 AM

      resepi terhebat gerenti sedap

       
  2. Darah Menyirap

    14/12/2012 at 10:22 PM

    Android Tapai Pulut

     
    • gerekz

      16/12/2012 at 6:24 AM

      hermmm best jugak…tapai pulut

       

ada apa-apa comment ?

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: