RSS

Anak Johor Gerekz

14 Dec


“Apasal Slang ko lain eik? Ko orang mane arr?”
HaHa… Dulu mase kat Joho (Johor) aku selalu taya orang camni. Skang aku pulak yang selalu ditanya soalan camni bila duduk kat negeri orang.
Padahal bahasa yang aku gunakan adalah Bahasa Melayu. Cuma mungkin ada sedikit perbezaan dari segi lenggok, loghat atau slang percakapan. Tapi orang Johor ada loghat ke?. Bukan ke bahasa yang digunakan orang Johor tu Bahasa Melayu?. Yang lagi pelik ada gak beberapa perkataan yang aku sebut diaorang langsung tak penah dengar. Nak gelakkan orang, last-last aku pulak yang kene gelak balik. Rupa-rupanya aku pun sama, ada lagi beberapa perkataan yang aku tak tau dan tak penah dengar. HuHu…
Bila aku bersembang gan kawan-kawan atau kenalan baru terutama dari Pantai Timur Dan belah Utara, pasti banyak perbezaan Slang dan Lenggok percakapan. Padahal bahasa perbualan adalah Bahasa Melayu. Kadang- kadang sonok bila menggelakkan orang dan digelakkan orang tapi kadang-kadang menyirap gak darah ni.

Orang Johor kalau berbual suka tambah perkataan penyedap kat belakang. Contohnya eik”, “arr”, “kot”, “, “arr’arr’eik”,“arr’arrlah “arr’arrkot”. Kata penyedap lain yang popular adalah “siak” “siot”. Contoh perkataan, “best siak”, “sedap siak”, “bodoh siot”, “arr’arr’siot”.Kalau budak-budak atau geng aku dulu plak suka guna kata ganti nama seperti “lu” “gua” “beb”. Macam rockers beb. Sebenarnya orang Johor lah yang guna dulu bahse ni. Rockers rockers dulu kan banyak orang Johor macam Search gan Lefthanded lah contohnye. Kata ganti nama yang popular macam “bro” gan “der” pun sebenarnya orang Johor yang popularkan dulu sebelum menular ke filem filem sekarang ni. Aku ingat  lagi 7 ke 8 tahun yang lepas aku datang KL ikut member aku lepak gan kawan kawan dia, bila aku panggil diaorang “der”. Diorang taye aku balik.“Siapa ‘der’ ?”, “Der, tu bende apa?” Ada lagi pengalaman yang lebih parah. Ada sorang mamat dari Kelantan ni boleh hangin bila aku panggil dia “bro”. Dia cakap aku kurang ajar. Hadoiii tak faham aku. Tapi tu dululah. Sekarang dah lain. Pengaruh filem dah kuat, so ramai yang dah gune “bro” and “der”. Tapi janganlah guna kata ganti nama tu kat orang yang lebih tua atau orang kenamaan. Memang nak makan Selipo Jepun lah korang.

Orang Johor jarang menyebut huruf “R”.Huruf “R” akan hilang apabila perkataan yang mempunyai vokal “A” “O” “U”  bertemu konsonan huruf “R”.

Vokal “A” + “R” = Hilang “R” dan kadang-kadang akan berubah menjadi “O”. Contohnya :-
Biar = Biyo
Lapar = Lapa / Lapo
Muar = Muo
Pasar = Pasa / Paso

Vokal “O” + “R” = Hilang “R”. Contohnya :-
Johor = Joho
Selangor = Selango
Nombor = Nombo
Obor = Obo

Vokal “U” + “R” = Vokal “U” berubah menjadi vokal “O” dan hilang huruf “R”. Contohnya :-
Beratur = Berato
Cukur = Cuko
Gugur = Gugo
Sayur = Sayo

Orang Joho tidak menggunekan bahse baku dalam percakapan. Ingat lagi mase sekola waktu kecik-kecik dulu. Mase membace cikgu akan marah kerane tiade bunyi baku dalam bacaan. Habis vokal yang sepatutnya jadi A berubah menjadi “O” dan “E”. “BACE BETOL-BETOL. SAYE NAK MURID-MURID SEBUT BAHSE BAKU.BUKAN BAHSE PASO CAM GINI. FAHAM SEMUA KELAS !” kata cikgu. Hermmm cikgu pun same.

Berkaitan makanan plak. Bukan nak cerita makanan orang Johor. Tapi nak cerita makanan yang memang ada kat satu Malaysia. Penah satu hari kat Kuantan aku nak order Sate Babat. Tukang jual sate tu tak tau Babat tu benda apa, lepas tu dia cakap dah abis. Walhal aku nampak puyelah banyak Sate Babat dia display kat rak kaca. Kalau tak tau tayelah. Hadoiyaii. Kedai sate kat Gombak pun sama tak tau Babat tu apa. Rupa-rupanye diaorang panggil Babat tu Perut. Owhhh aku yang tak tau rupanye!!! Lagi satu kalau lembu puye lemak yang berlemak dan berurat tu, orang Johor panggil Tetel. Tapi kalau kat negeri lain diaorang panggil Lemak. Kalau korang pegi kedai makan janganlah order Sup Tetel. Sure sampai tahun depan diorang tak jumpa Tetel tu walau ke kandang lembu sekalipun. Kalau bagi singgit ke dua ringgit ke kat budak kecik then korang suruh pegi beli jajan. Gan budak kecik tu termasuk tokey kedai tu sekalilah jawabnya tak jumpa apa benda jajan tu. Jajan tu adalah makanan ringan. Sebenarnya aku pun tak bape nak sure budak-budak kecik panggil jajan tu apa. Cekedis kot… Kalau beli sarap(sarapan), cube try taye kat akak jual kuih tu camni. “Kak, Epok-Epok Sardin ada tak”. Lepas tu akak tu pun jawab. “Karipap Sardin adelah”. Huahhh sakit jiwanye. Aku salah cakap ke aku salah tempat ni.

Pengalaman lain plak. Tak jauh kat Cheras jek. Ada satu malam tu aku tumpang tido kat rumah member. Ntah camne plak aku bleh kekurangan baju. Aku pun pinjamlah baju kawan aku tu tanpa kebenaran. Tiba-tiba kawan aku ni pun perasan dan tegur pasal baju tu aku dapat kat mana. Gan tak malu aku pun jawab,”Aku amik kat ‘Robok’ baju kau la der“. Sambil tercengang dia pun taye aku. “Robok tu apa? “. Gan nada tinggi, aku pun menjawab. “Robok tu Almari lah ngok!!!”. Aikkk aku pulak yang marah. “Sorrylah amik tak cakap. Aku takde baju, takkan nak berlenggeng(tak pakai baju) kot”. Sebelum aku nak tido aku mintak sesuatu kat member ni. Aku rase memang dia tak tau, so aku sengajakan juga. Aku mintak “Gebor”. HaHaHa…sah memang dia tak tau. “HiHi,aku nak Selimut lah bro”.

Sebenarnya banyak lagi yang tak dapat aku nak kongsi. Mungkin kerana aku tak ingat dan mungkin juga kerana aku tak tau. HiHi… Apapun semua ni adalah satu pengalaman yang dapat dipelajari dan suatu pelajaran yang menambah pengalaman. Masyarakat majmuk berbilang bangsa, berbilang bahasa dan berbilang budaya. Aku suka semua ni. “Aku Bangga Menjadi Anak Johor dan Bangga Menjadi Rakyat Malaysia”. 1 MALAYSIA.

image

Johor memang gerekz sehhh….

 
3 Komen

Posted by di 14/12/2012 in negeri

 

Label: , ,

3 responses to “Anak Johor Gerekz

  1. jawa kapak

    14/12/2012 at 5:22 PM

    kat johor dah x byk org johor

     
    • gerekz

      16/12/2012 at 6:16 AM

      1 Malaysia, 1 Asia, 1 Dunia…
      kat mana ade gula kat situ ada semut.

       
  2. LK

    13/06/2015 at 9:15 PM

    “If you hold an important post as royalty in the state, and if you start to say things, if then we (the government) hit you back, don’t get angry,” he said at a press conference at the University of Malaya today.

    “I think he should keep out of politics, otherwise he may be subjected to the same rule. We will whack him,” Nazri was quoted as saying.

    KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA RAKYAT NEGARA JOHOR

    TOLONG SEBARKAN DALAM SEMUA JENIS MEDIA TENTANG KURANG AJAR MENTERI BAPOK NAZRI kepada DYAM TENGKU MAHKOTA JOHOR!!!

    Boleh refer di: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/06/13/johor-prince-gets-reminder-of-royaltys-place/

     

ada apa-apa comment ?

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: