RSS

Aku Nak Pakai Android

15 Apr

“Puyoo roommate aku pakai hp baru HTC Sensation XE. Sound audio sedap beb. Member office plak pakai hp camera 3D LG Optimus. Canggih woo video pun 3D. Member club pun hp baru. Gempak betul Motorola ATRIX puyer game. My sister pakai Sony Xperia S camera 12mp tu. Pehh lagi  jealous awek aku bleh pakai Samsung Galaxy S2. Aper ingat aku tak mampu ke nak beli. Besok jugak aku beli Samsung Galaxy Note korang jangan jealous ok.”
image
Situasi sebegini mungkin pernah terjadi. Tapi jika anda seorang pengguna yang hanya tahu membuat atau menerima panggilan atau sms sahaja. Saya syorkan Nokia 1280 ada extra flashlight lagi. Tapi jika pandai menggunakan bluetooth untuk share music dan video 3gp. Saya syorkan Nokia XpressMusic series. Atau sekadar pandai guna wifi untuk layan Facebook semata-mata. Disyorkan pakai Nokia C3-00. Nak extra camera canggih, beli DSLR camera jer senang.
Tidak wajar membazir duit atas dasar menunjuk-nunjuk. Jika anda tahu senarai hp canggih di atas adalah sekadar handphone semata-mata dan tidak mahu belajar tentang kecanggihannya, dinasihatkan supaya jangan pakai.

Jika anda seorang yang memerlukan Android sentiasa berada disamping anda atau mahu belajar dan ambil tahu tentang Android. Belilah handphone android idaman anda tu.Tidak kira apa jenama handphone sekalipun dan selagi handphone itu dikuasakan dengan platform Android cara penggunaannya lebih kurang sama. Contohnya jika anda menggunakan Samsung Galaxy S2 anda boleh berkongsi tip dengan pengguna yang menggunakan Sony Xperia S. Android anda akan lebih optimum dengan mengaktifkan Akaun Gmail. Tanpa Gmail handphone anda ibarat kosong. Guna jer lah aplikasi pre-install yang ada. Tu pun belum tentu semua pre-install yang ada boleh digunakan. Satu lagi jika anda membeli new set handphone Android jangan sesekali menyuruh atau menerima pelawaan tokei kedai yang nampak mesra tu untuk mengaktifkan akaun Gmail anda. Selalunya si penjual hanya membuat akaun Gmail secara rambang tanpa anda ketahui alamat email dan password. Atau mungkin juga hanya memberi alamat email tanpa password kepada anda. Banyak risiko mungkin berlaku termasuk handphone anda mungkin disekat (block) penggunaannya kerana tersalah pattern lock (screen lock) atau Gmail diceroboh. Dan jika itu berlaku dan anda pula tak tahu nak buat apa??? Keluarkan sedikit duit n hantar kedai kasi bukak itu lock. HaHaHa…

Tak susah menggunakan handphone atau smartphone Android. Pertama aktifkan Gmail akaun. Ikut jer arahan berturutan yang akan keluar di screen. Jika anda tak faham bahasa yang digunakan. Pergi ke setting >> language & keyboard >> select locale dan pilih bahasa yang  difahami. Kemudian buat kembali Gmail anda. Aplikasi di Market atau Google Play akan aktif sepenuhnya apabila Gmail anda aktif. Mulai download aplikasi pilihan anda.
image
Sedikit info, untuk memastikan kelancaran Android anda, pastikan anda sentiasa memantau kandungan Memori RAM dan Memori ROM anda. RAM bermaksud Random Access Memory. Berfungsi penyimpan data secara sementara untuk aplikasi yang berjalan dan diproses CPU. Segala data akan hilang jika smartphone di switch off. Manakala ROM bermaksud Read Only Memory berfungsi menyimpan data secara kekal atau juga dikenali sebagai Internal Memory.
image
Contoh,jika memori RAM anda sebesar 837MB dan anda membuka banyak aplikasi serentak dalam satu masa seperti bluetooth, music, download movie, update market dan layan Facebook dan beberapa aplikasi yang tidak di log out atau exit dengan betul ini mungkin menyebabkan RAM sebanyak 837MB itu semakin sempit atau penuh dan CPU tidak dapat menjalankan proses Running dengan baik dan berlaku Force Close atau mungkin terus Hang. Internet yang lemah juga boleh menjadi punca Hang jika anda tidak sabar dan terlalu memaksa sesuatu pautan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku gunakan fungsi Task Manager dan hapuskan aplikasi yang tidak perlu dijalankan.
image
Selepas anda menggunakan aplikasi yang berkaitan dengan penggunaan internet, Memori ROM anda akan meningkat dengan kemasukan Memori Cache. Berbeza dengan komputer Cache akan disimpan ke RAM tetapi untuk smartphone Cache akan tersimpan kekal ke dalam Internal Memory iaitu ROM. Cache adalah sisa2 data internet yang tidak diperlukan lagi. Jika tidak dibuang, anda akan mendapati Memori ROM menjadi penuh. Untuk mengelakkan hal ini sentiasa buang Cache yang tertinggal di ROM smartphone anda. Download aplikasi seperti Super aTool Box di Android Market atau Google Play untuk memudahkan proses ini. Enjoy dengan Android.
image

 
3 Komen

Posted by di 15/04/2012 in sharing, smartphone

 

Label: , ,

3 responses to “Aku Nak Pakai Android

  1. boy

    16/04/2012 at 2:15 PM

    kondem sama nokia nampak

     
  2. Cokia

    16/12/2012 at 6:05 AM

    nokia 3310 terbaik

     
  3. salmiah

    07/01/2014 at 10:40 AM

    Alhamdulillah..semalam dapat ganti hp lama…hehe

    Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

     

ada apa-apa comment ?

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: