RSS

Cari Makanan Kuching!!!

13 Apr

image
Bumi Kenyalang gelaran sinonim
untuk Negeri Sarawak. Salah satu
negeri terbesar di dalam Malaysia
yang terletak di Tanah Borneo. Lihat sejarah Sarawak. Salah satu bahagian yang popular dan terkenal di Sarawak ialah Kuching. Bandaraya Kuching ialah pusat kerajaan moden Sarawak.

image

Jom Naik Belon


Entry kali ini adalah tentang percutian sambil makan-makan di
Kuching Sarawak. Kepada yang ingin bercuti ke Kuching Sarawak terutama yang berada di semenanjung perkara pertama yang harus dilakukan ialah membuat tempahan tiket penerbangan dengan lebih awal.
Kebiasaannya tiket penerbangan
akan menjadi lebih mahal jika dibeli pada saat akhir. Buat semakan dan tempahan terutama di Air Asia.com yang kebiasaannya menawarkan pakej dan tawaran murah.Seterusnya selamat memulakan perjalanan dengan menaiki Belon dan selamat makan angin.

image

Laksa Sarawak


Sarapan pagi di Kuching Sarawak
sebenarnya sama jer dengan menu sarapan di semenanjung. Kita masih boleh lagi order roti canai. Namun apa kata kita cuba plak menu sarapan seperti Laksa Sarawak. Pelik jugak bagi yang pertama kali mencuba menu ni. Aku order Laksa Sarawak tapi sampai Mee Kari plak. Hahaha… sebenarnya Laksa Sarawak ni seakan2 Mee Kari. Kuahnya macam kari tapi bukan kari. Huhu… Boleh tahan sedap. Sedap beb!!!

image

Peniaga Ikan Terubuk


Ikan Terubok Masin… Pilihan utama pelancong dari semenanjung. Bukan sekor dua yang dibeli. Tapi berkotak-kotak. Situasi ini mudah dilihat di sebuah pasar di Satok, Kuching yang majoriti peniaganya ialah penjual Ikan Terubok. Turut dijual ialah Telur Ikan Terubuk dengan harga sekilo yang amat mengejutkan. Saiz telur sebesar tapak tangan boleh mencecah harga lebih RM100. Woww.. cam sedap tapi tak cukup duit laa nak beli. Selain tu Udang Galah yang dikenali sebagai sahabat kepada
si Bujang Senang turut dijual di sini. Hasil pertanian utama di Sarawak iaitu Lada Hitam termasuk yang sudah diproses juga berlambak di pasar ini. Biji-biji Sagu yang popular dan sinonim dengan Ulat Sagu juga banyak dijual. Sagu yang sudah diproses menjadi snek ringan yang nampak macam sedap juga berlambak.

image

Gelojoh Mencekik Mi Kolok


image

Mee Kolo...Berselera


Mi kolok atau Mee Kolo. Menu
kegemaran aku. Ada jual tak kat
Semenanjung??? Nampak ringkas tapi sedap. Mee ni ala2 macam instant Mee Sedap. Tapi ade kicap dan sup. Majoriti kedai2 makan di Kuching Sarawak ada menu ni. Tapi awas seseparuh kedai makan diragui status halalnya. Jaga2 haaa.

image

Makan Sampai Kenyang


Satu lagi makanan yang harus dibeli dan dibawa pulang ke semenanjung ialah Kek Lapis Sarawak. Kalau di semenanjung Kek Lapis Sarawak hanya boleh didapati semasa perayaan Hari Raya Puasa jer. Dan masa tu harga sebuku kek kira2 RM25 hingga RM50 mengikut jenis. Puyoo mahal woo!!! Tapi kalau di
Sarawak kek ni boleh didapati setiap hari kecuali di hari cuti kecemasan si penjual kek. Harga sebuku kek serendah RM10. Dan apa yang lebih menarik beberapa pengusaha kek ni menawarkan tester kek. Tetapi sebenarnya bukan tester kerana ramai yang makan sampai kenyang baru beli. Seronok woo,makan free… Kek Lapis Sarawak menawarkan pelbagai pilihan perisa sehingga rambang mata untuk memilih. Tapi Kek Lapis Sarawak original dari Sarawak ni memang terbaik dan tiada tandingan dengan Kek Lapis Sarawak made in Semenanjung. Salah satu pengusaha Kek Lapis Sarawak yang popular di Kuching ialah Kek Lapis Dayang Salhah. Ehh promote ni. Kek free satu bleh…

image

Tourist Transport @ Teksi Sapu


image

Menaiki Pengangkutan Air


Suasana malam di tengah Pusat
Bandar Kuching pasti jadi sukar buat pelancong yang tidak mempunyai kemudahan transport. Situasi akan menjadi rumit apabila kita terasa lapar selepas jam 10 malam. Hadoi… nak layan live Liga Perdana Inggeris selepas midnite sambil pekena kopi pun susah. Majoriti kedai makan
termasuk deretan kedai beraneka di Bandaraya Kuching menutup premis perniagaan mereka seawal jam 8 malam. Nak cari rokok pun susah. Namun jangan risau. Terdapat satu restoran 24 jam yang sangat popular di tengah2 Pusat Bandar Kuching
dan menayangkan live siaran bola
sepak. Restoran McDonald’s. Wakaka… layan jer laa.
image
Gerekz Sehhh…

 
7 Komen

Posted by di 13/04/2012 in cuti-cuti, negeri

 

Label: , ,

7 responses to “Cari Makanan Kuching!!!

  1. are may

    13/04/2012 at 8:21 PM

    jom g indon

     
    • gerekz

      13/04/2012 at 9:41 PM

      next time plak..

       
  2. rustam

    14/04/2012 at 1:49 AM

    tempat2 best kt sarawak xde ker

     
    • gerekz

      14/04/2012 at 2:11 AM

      hahaha….next post la der.klo buat kt post ni abis semak.

       
  3. Ramon

    09/04/2013 at 2:46 PM

    Hello, for all time i used to check blog posts here early in the morning, for the reason
    that i enjoy to gain knowledge of more and more.

     
  4. Tanpa Nama

    26/04/2013 at 11:41 AM

    ada satu kedai di food court spice of malaysia the mines shopping mall menjual makanan sarawak mcm laksa sarawak n mee kolok..halal.. muslim sarawak…

     
  5. salmiah

    24/09/2013 at 9:30 AM

    laksa sarawak…memang sedap…sapa lom pernah rasa..jom ke sarawak..

    Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

     

ada apa-apa comment ?

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: