RSS

Tanda-Tanda Orang Mencintai Anda.

Hai readers…Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Dah lama betul aku x update blog ni. Tak tahu nak entry tentang apa. Mungkin blog ni aku akan update 2 ke 3 entry setahun. HuHu… Tak serius langsung.

Ok… Untuk entry kali ni aku nak berjiwang sikit. Disebabkan dengan semangat jiwang ni la aku excited nak update blog ni. HuHu, ini semua poyo… Dipoyokan lagi  cerita, sebenarnya aku nak kongsi mengenai tanda-tanda orang yang mencintai anda? Dicintai ke? Ntah ek? Ini sekadar pendapat, pemerhatian dan pengalaman aku jer laa. Ehh, aku ada pengalaman ke? Ngerrr…!!! Ok baca check list kat bawah ni…

1. Ayat Manis
Sebenarnya bahaya dengan orang yang mulutnya sentiasa keluar ayat-ayat manis ni. Ntah gula jenis apa yang diorang sumbat kat mulut sampai langsung tiada ayat pahit yang anda terasa. Jangan mudah terpedaya. Tapi boleh juga dipercayai sebab orang yang menyayangi anda akan sentiasa berusaha untuk menarik hati anda dengan kata-kata yang indah. “Saya sayang awak taw, sampai ujung nyawa”. Wow, macam nak lompat sampai ke bintang bila pasangan anda keluar ayat macam tu. Setiap kata-kata yang jujur biasanya akan serasi dengan raut wajah dan air muka. Tapi kadang-kadang berlakon je. Macam pelakon yang selalu buat ayat-ayat cinta kat slot drama petang-petang kat TV3 tu lah…

2. Call atau SMS Dengan Kerap
Kalau dulu zaman cinta monyet guna public phone. Hari ni nombor lain, besok nombor lain. Call pun selepas habis waktu sekolah atau habis waktu kerja. HuHu… Kemudian zaman hp Ericsson yang ade aerial dan Nokia 3310. Sebulan jer berhabis puluhan sampai ratusan ringgit untuk topup. Tapi tu dulu… Sekarang zaman Internet Chating, Internet Voice Call, Messaging Social. Ade Whatsapp, Wechat, Line, Viber, Tango, pehhh macam-macam lah. Satu hari tu je dia punya ayat dalam messaging boleh bikin novel. Tapi ayat ulang-ulang la. Tanya dah makan ke blom dalam sehari jer 10 ke 20 kali…

3. Berusaha Mengongkong
“Ehh dia ni… Nak pegi jamban pun nak kena bagi tahu ke”. Itu melampau lah. Pasangan anda akan mula berusaha menyekat pergaulan dan kebebasan anda. Perasaan risau dan cemburu mulai wujud. Setiap hal atau perkara yang dilalui anda pasti ingin diketahuinya. Kalau boleh mahu bersama setiap masa walau ke lubang cacing sekalipun. Nak keluar rumah, pergi kerja, dengan siapa, dekat mana semua tu nak kena bagi tahu. Sweet juga sebenarnya. Tapi jangan melampaulah. Tak salah kalau pasangan anda cemburu bila melihat anda berbual dengan orang lain. Tapi janganlah cemburu sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang kesat atau sehingga mengubah diri menjadi seorang ahli tomoi amatur.

4. Adakala Seperti Kanak-Kanak.
“Elehhh mengader-ngadernyerrr dia”. Kadang-kadang bersikap manja. Mimik dan raut wajah tiba-tiba dicomelkan. Berbual dengan nada yang meleret-leret dan adakalanya sengaja dipelatkan seperti kanak-kanak baru belajar bercakap. Pengaruh kartun yang melucukan diselit dalam perbualan. Lawak-lawak bodoh ala-ala Mr.Bean disengajakan. Kuat merenggek dan adakalanya merajuk walaupun hal yang remeh temeh. Mahukan perhatian yang lebih seperti baby yang masih menyusu. HuHu… Tak taw malu. Mengader-ngader tapi so sweet.

5. Tiada Lagi Rahsia
Masa mula-mula kenal semuanya rahsia. Profile diri semua rahsia. Tak boleh bagi tahu. Lama-lama pelan-pelan kayuh, dah sayang, dah percaya akhirnya tiada lagi rahsia. Semua ingin dikongsi bersama tanda cinta yang sejati. Walawehhhh… Kesukaan, kegemaran, keinginan, kelemahan, kekurangan dan kelebihan semuanya ingin dikongsi bersama. “Hari ni saya pakai warna pink taw” pehhh tiada lagi P&C. Itu contoh lahhh… Semuanya diketahui baik diluar mahupun didalam. Semua mahu dikongsikan samaada yang suka mahupun yang duka. Sampai boleh kongsi bantal dan katil. Gluppp…

6. Sanggup Berkorban
Dasyat ni. Sanggup berkorban sampai diri dikorbankan. Ngerrr…. Sanggup berkorban masa walaupun sendiri tak ada masa. Sanggup berkorban harta walaupun sendiri tak tahu harta apa yang harus dikorbankan. Sanggup berkorban jiwa dan raga walaupun jiwanya sendiri dah macam sepak raga. Semuanya dibolehkan walaupun sendiri dah tak bleh blah. Sanggup berabis masa, berabis tenaga, berabis duit gaji, berabis beras. HuHu… Berabis semua idea untuk beri yang terbaik. Semuanya kerana cinta lah. Adakalanya sanggup berkorban seperti bermain game perang. Jangan sampai game over sudah.Wuhaha…. Ingat cinta bukan seperti bermain Game Playstation.

Sekadar bercerita dan berkongsi… Indahnya cinta. Muahhhh!!!

 
5 Komen

Posted by di 17/05/2013 in love

 

Label: , , ,

Anak Johor Gerekz


“Apasal Slang ko lain eik? Ko orang mane arr?”
HaHa… Dulu mase kat Joho (Johor) aku selalu taya orang camni. Skang aku pulak yang selalu ditanya soalan camni bila duduk kat negeri orang.
Padahal bahasa yang aku gunakan adalah Bahasa Melayu. Cuma mungkin ada sedikit perbezaan dari segi lenggok, loghat atau slang percakapan. Tapi orang Johor ada loghat ke?. Bukan ke bahasa yang digunakan orang Johor tu Bahasa Melayu?. Yang lagi pelik ada gak beberapa perkataan yang aku sebut diaorang langsung tak penah dengar. Nak gelakkan orang, last-last aku pulak yang kene gelak balik. Rupa-rupanya aku pun sama, ada lagi beberapa perkataan yang aku tak tau dan tak penah dengar. HuHu…
Bila aku bersembang gan kawan-kawan atau kenalan baru terutama dari Pantai Timur Dan belah Utara, pasti banyak perbezaan Slang dan Lenggok percakapan. Padahal bahasa perbualan adalah Bahasa Melayu. Kadang- kadang sonok bila menggelakkan orang dan digelakkan orang tapi kadang-kadang menyirap gak darah ni.

Orang Johor kalau berbual suka tambah perkataan penyedap kat belakang. Contohnya eik”, “arr”, “kot”, “, “arr’arr’eik”,“arr’arrlah “arr’arrkot”. Kata penyedap lain yang popular adalah “siak” “siot”. Contoh perkataan, “best siak”, “sedap siak”, “bodoh siot”, “arr’arr’siot”.Kalau budak-budak atau geng aku dulu plak suka guna kata ganti nama seperti “lu” “gua” “beb”. Macam rockers beb. Sebenarnya orang Johor lah yang guna dulu bahse ni. Rockers rockers dulu kan banyak orang Johor macam Search gan Lefthanded lah contohnye. Kata ganti nama yang popular macam “bro” gan “der” pun sebenarnya orang Johor yang popularkan dulu sebelum menular ke filem filem sekarang ni. Aku ingat  lagi 7 ke 8 tahun yang lepas aku datang KL ikut member aku lepak gan kawan kawan dia, bila aku panggil diaorang “der”. Diorang taye aku balik.“Siapa ‘der’ ?”, “Der, tu bende apa?” Ada lagi pengalaman yang lebih parah. Ada sorang mamat dari Kelantan ni boleh hangin bila aku panggil dia “bro”. Dia cakap aku kurang ajar. Hadoiii tak faham aku. Tapi tu dululah. Sekarang dah lain. Pengaruh filem dah kuat, so ramai yang dah gune “bro” and “der”. Tapi janganlah guna kata ganti nama tu kat orang yang lebih tua atau orang kenamaan. Memang nak makan Selipo Jepun lah korang.

Orang Johor jarang menyebut huruf “R”.Huruf “R” akan hilang apabila perkataan yang mempunyai vokal “A” “O” “U”  bertemu konsonan huruf “R”.

Vokal “A” + “R” = Hilang “R” dan kadang-kadang akan berubah menjadi “O”. Contohnya :-
Biar = Biyo
Lapar = Lapa / Lapo
Muar = Muo
Pasar = Pasa / Paso

Vokal “O” + “R” = Hilang “R”. Contohnya :-
Johor = Joho
Selangor = Selango
Nombor = Nombo
Obor = Obo

Vokal “U” + “R” = Vokal “U” berubah menjadi vokal “O” dan hilang huruf “R”. Contohnya :-
Beratur = Berato
Cukur = Cuko
Gugur = Gugo
Sayur = Sayo

Orang Joho tidak menggunekan bahse baku dalam percakapan. Ingat lagi mase sekola waktu kecik-kecik dulu. Mase membace cikgu akan marah kerane tiade bunyi baku dalam bacaan. Habis vokal yang sepatutnya jadi A berubah menjadi “O” dan “E”. “BACE BETOL-BETOL. SAYE NAK MURID-MURID SEBUT BAHSE BAKU.BUKAN BAHSE PASO CAM GINI. FAHAM SEMUA KELAS !” kata cikgu. Hermmm cikgu pun same.

Berkaitan makanan plak. Bukan nak cerita makanan orang Johor. Tapi nak cerita makanan yang memang ada kat satu Malaysia. Penah satu hari kat Kuantan aku nak order Sate Babat. Tukang jual sate tu tak tau Babat tu benda apa, lepas tu dia cakap dah abis. Walhal aku nampak puyelah banyak Sate Babat dia display kat rak kaca. Kalau tak tau tayelah. Hadoiyaii. Kedai sate kat Gombak pun sama tak tau Babat tu apa. Rupa-rupanye diaorang panggil Babat tu Perut. Owhhh aku yang tak tau rupanye!!! Lagi satu kalau lembu puye lemak yang berlemak dan berurat tu, orang Johor panggil Tetel. Tapi kalau kat negeri lain diaorang panggil Lemak. Kalau korang pegi kedai makan janganlah order Sup Tetel. Sure sampai tahun depan diorang tak jumpa Tetel tu walau ke kandang lembu sekalipun. Kalau bagi singgit ke dua ringgit ke kat budak kecik then korang suruh pegi beli jajan. Gan budak kecik tu termasuk tokey kedai tu sekalilah jawabnya tak jumpa apa benda jajan tu. Jajan tu adalah makanan ringan. Sebenarnya aku pun tak bape nak sure budak-budak kecik panggil jajan tu apa. Cekedis kot… Kalau beli sarap(sarapan), cube try taye kat akak jual kuih tu camni. “Kak, Epok-Epok Sardin ada tak”. Lepas tu akak tu pun jawab. “Karipap Sardin adelah”. Huahhh sakit jiwanye. Aku salah cakap ke aku salah tempat ni.

Pengalaman lain plak. Tak jauh kat Cheras jek. Ada satu malam tu aku tumpang tido kat rumah member. Ntah camne plak aku bleh kekurangan baju. Aku pun pinjamlah baju kawan aku tu tanpa kebenaran. Tiba-tiba kawan aku ni pun perasan dan tegur pasal baju tu aku dapat kat mana. Gan tak malu aku pun jawab,”Aku amik kat ‘Robok’ baju kau la der“. Sambil tercengang dia pun taye aku. “Robok tu apa? “. Gan nada tinggi, aku pun menjawab. “Robok tu Almari lah ngok!!!”. Aikkk aku pulak yang marah. “Sorrylah amik tak cakap. Aku takde baju, takkan nak berlenggeng(tak pakai baju) kot”. Sebelum aku nak tido aku mintak sesuatu kat member ni. Aku rase memang dia tak tau, so aku sengajakan juga. Aku mintak “Gebor”. HaHaHa…sah memang dia tak tau. “HiHi,aku nak Selimut lah bro”.

Sebenarnya banyak lagi yang tak dapat aku nak kongsi. Mungkin kerana aku tak ingat dan mungkin juga kerana aku tak tau. HiHi… Apapun semua ni adalah satu pengalaman yang dapat dipelajari dan suatu pelajaran yang menambah pengalaman. Masyarakat majmuk berbilang bangsa, berbilang bahasa dan berbilang budaya. Aku suka semua ni. “Aku Bangga Menjadi Anak Johor dan Bangga Menjadi Rakyat Malaysia”. 1 MALAYSIA.

image

Johor memang gerekz sehhh….

 
3 Komen

Posted by di 14/12/2012 in negeri

 

Label: , ,

Jenis Dan Versi Android… (Desserts)

Jenis Dan Versi Android… (Desserts)

Hai Hai Hai… Ok, entry kali ini aku nak cerita pasal desserts (pencuci mulut). Bukan sebarang-sebarang punya desserts tau. Desserts ni sangat-sangat diidamkan oleh kebanyakkan orang pada zaman sekarang. Nak dapatkan desserts ni jek perlu berhabis duit sampai ribuan ringgit. Gile ape!!! Desserts kat Hotel 5 Star yang puluhan ringgit tu pun 2 ke 3 kali dok fikir nak nggappp. Disebabkan kegilaan kepada desserts ni ada orang sampai sanggup berdiet sakan. Kais pagi makan pagi. Kais petang untuk desserts. Jahanam. Wakaka…

Sebenarnya desserts yang dimaksudkan berkaitan dengan tajuk entry kali ini. Operating System untuk Smartphone yang paling popular dan paling digemari abad ini iaitu Android. Tahukah anda sebenarnya semua jenis versi android dari dulu hingga sekarang menggunakan ‘Codenames’ berdasarkan nama jenis-jenis dessert.

Versi pertama Android dikeluarkan pada tahun 2008 dan dikenali sebagai Android 1.0. Namun tiada sebarang peranti dikeluarkan untuk versi ini. Tahun berikutnya Smartphone Android pertama dikeluarkan dan dikenali sebagai versi 1.1. Selepas versi ini bermulalah era desserts sebagai codenames untuk setiap jenis versi Android. Dan apa yang lebih menarik Android menggunakan kaedah turutan huruf dalam setiap versi peningkatannya. Iaitu dari huruf “A” sampai “Z”. (Macam sure jerk sampai huruf “Z”). Tetapi oleh kerana disebabkan dua versi pendahuluan android tidak menggunakan nama dessert sebagai codenames. Maka versi ketiga android dimulai dengan huruf ‘C’. Berikut adalah sejarah perkembangan desserts dalam versi android.

image

APRIL 2009 ~ ANDROID 1.5 ~ CUPCAKE

image

SEPTEMBER 2009 ~ ANDROID 1.6 ~ DONUT

image

OKTOBER 2009 ~ ANDROID 2.0 & 2.1 ~ ECLAIR

image

MEI 2010 ~ ANDROID 2.2 ~ FROYO

image

DISEMBER 2010 ~ ANDROID 2.3 ~ GINGERBREAD

image

FEBRUARI 2011 ~ ANDROID 3.0/3.1/3.2 ~ HONEYCOMB

image

OKTOBER 2011 ~ ANDROID 4.0 ~ ICE CREAM SANDWICH

image

JUN 2012 ~ ANDROID 4.1 ~ JELLY BEAN

wpid-Android-5.0-Key-Lime-Pie.jpg

Seterusnya adalah Android Key Lime Pie. Namun versi ini tidak dapat dipastikan dengan sahih logo serta tarikh pelancaran dan tidak dapat dipastikan series number yang bakal digunakan.

Versi peningkatan yang seterusnya tidak dapat dipastikan jenis desserts yang bakal digunakan. Namun aku berharap akan ada pengeluaran desserts yang lebih menyelerakan terutama desserts dari Malaysia. Harap-harap ada desserts seperti Lengkong, Puding, Pulut Mangga atau Tapai Ubi. Wakaka…

p/s : dessert mengandungi banyak gula.

 
4 Komen

Posted by di 14/12/2012 in sharing, smartphone

 

Label: , ,

Masalah…Tukar IDM Trial ke IDM Full

Post kali ini adalah kesinambungan kepada mereka yang follow entry Tukar IDM Trial Ke IDM Full. Oleh kerana ada beberapa complaints yang mengatakan IDM mereka telah berjaya menjadi full version. HuHu tahniah. Tetapi ada juga beberapa kes IDM mereka kembali di blocked selepas shutdown. HuHu takziah. Setelah postmortem dibuat, didapati host file mereka2 yang takziah ini tidak dapat save notepad yang telah diubah suai. Ianya berlaku kerana kesilapan semasa mengubah setting pada properties host file. Setelah ujikaji dibuat, kepada mereka2 yang mengalami masalah ini atau kepada mereka2 yang ingin mendapatkan IDM Full Version bolehlah follow step kat bawah ni. Step ni sebenarnya copy paste pada entry yang lepas cuma ada sedikit pengubahsuaian. Jangan khuatir dijamin halal.

1. Sediakan sedikit jamuan ringan untuk mengurangkan tekanan.
2. Download IDM Trial version
disini…sini… SINILAH. Link ni sentiasa update dengan versi baru IDM Trial.
3. Selesai proses download, disconnect internet access.
4. Install IDM yang telah selesai proses download. Dan kini IDM Trial Version siap.
5. Masuk ke Windows Explorer atau My Computer dan pergi ke
OS (C:) drive dan cari folder
Windows>>System32>>drivers>>
etc.
6. Didalam etc terdapat host file.
7. Copy host file itu ke drive
(D:) atau drive (E:). Maksudnya copy file tu selain dari OS (C:) drive.
8. Buka host file yang telah dicopy dengan menggunakan Notepad.
9. Kemudian copy semua perkataan dibawah ini.

127.0.0.1 tonec.com
127.0.0.1 http://www.tonec.com
127.0.0.1 registeridm.com
127.0.0.1 http://www.registeridm.com
127.0.0.1 secure.registeridm.com
127.0.0.1 internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 http://www.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 secure.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 mirror.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 mirror2.internetdownloadmanager.com

10. Pastikan mengikut susunan
yang betul. Kemudian paste pada notepad.

image

11. Paste perkataan tadi dibawah barisan terakhir ” # ::1
localhost “
12. Save notepad.
13. Copy dan Replace host file itu ke OS (C:) drive>>Windows>>System32>>drivers>>etc.
14. Pastikan host file yang siap di copy telah replace host file yang lama. Jika host file yang lama masih ada didalam OS (C:) drive>>Windows>>System32>>drivers>>etc, delete jer.
15.  Buka IDM dan pergi ke registration.
16.  Jika IDM anda memaparkan
notis blocked. Tekan OK. Jika IDM anda tidak blocked, pergi ke ruangan Registration.
17.  IDM Registration akan terpapar selepas itu. Masukkan
Nama Dan Email anda.

image

RLDGN-OV9WU-5W589-6VZH1
HUDWE-UO689-6D27B-YM28M
UK3DV-E0MNW-MLQYX-GENA1
398ND-QNAGY-CMMZU-ZPI39
GZLJY-X50S3-0S20D-NFRF9
W3J5U-8U66N-D0B9M-54SLM
EC0Q6-QN7UH-5S3JB-YZMEK
UVQW0-X54FE-QW35Q-SNZF5
FJJTJ-J0FLF-QCVBK-A287M

18.  Masukan Serial Number.
Copy Paste salah satu serial number yang diberi diatas.
19.  Sebelum itu pastikan sekali
lagi Internet Access anda telah
dimatikan. Seterusnya tekan OK.
20.  Anda akan lihat Proses
Registration ini cuba menyambung kepada internet, jika IDM anda pernah diblok
sebelum ini.. Klik pada simbol X
(pangkah) dengan segera jika ini
berlaku. IDM anda akan hack
dengan sendirinya menjadi Full
Version.
21.  Abaikan jika terdapat notis
update pada IDM anda selepas
itu.
22. Masuk kembali ke IDM dan klik pada Help >> About
IDM, anda akan lihat IDM Trial sudah bertukar kepada IDM Full.
23. IDM anda kini siap dengan
versi penuh. Untuk mengelakkan
Registration anda disekat,
jangan lakukan update secara
terus melalui IDM.

Semoga Berjaya…

 
3 Komen

Posted by di 01/12/2012 in sharing

 

Label:

Cara Mengatasi IDM Error 0x80029C4A

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Bertemu lagi kita didalam ruangan Gerekz Blog…Cewah, HuHu..

Ok, entry kali ni adalah kesinambungan kepada anda yang dah follow entry lepas Tukar IDM Trial Ke IDM Full. Kepada yang tak follow, bolehlah follow sekarang, hihi. Sedap mata memandang tengok IDM tu dah jadi Full Version. Suatu hari bila anda nak download Movie,Video, Lagu  kat Youtube atau apa2 jelah dari mana2 laman web sekalipun tiba2 jek IDM tak boleh nak guna atau error. Pehhh hati panas beb. Cubalah download walaupun seribu kali cuba, tak akan jadi sampai bila2. Sebenarnya cara  nak atasi masalah tu senang jek. Hentak je kepala kat dinding atau menjerit sekuat hati ataupun baling pingan mangkuk. HaHa main2 jelah, jangan mareee!!!

Image

Error yang dimaksudkan tu adalah seperti gambar diatas. Pelik jugak, pesal jadi mcm tu eik? Hal ni sebenarnya terjadi kerana URL link yang anda nak download tu tak boleh nak transfer ke IDM. Sebab apa tak boleh nak transfer? Kerana IDM anda dah tak laku. Seposen pun tak akan laku. HaHa. Tak laku kerana IDM anda adalah version lama. Macam mane nak kasi laku. Kasi update version barulah, apa lagi. Dipendekkan cerita, follow step kat bawah ni. Selamat mencuba

1. Pastikan IDM sebelum ini adalah version yang di Crack dengan cara yang diberi pada entry Tukar IDM Trial Ke IDM Full. Jika IDM anda adalah selain daripada Crack Version ini atau version yang menggunakan Path install atau atau apa2 cara yang bertentangan pastikan IDM itu anda uninstall secara total terlebih dahulu dan kemudian terus ikut step yang diberi pada entry yang lepas.

2. Download new IDM version disini…sini…SINILAH. Link yang diberi ini sentiasa update dengan version baru. Jadi anda boleh menggunakannya pada masa akan datang.

3. Setelah selesai download, disconnect internet access. Pastikan betul2 disconnect.

4. Install IDM. Proses install IDM yang baru secara automatik akan membuang IDM version lama.

5. Kemudian buka IDM dan klik pada Help>>About IDM dan lihat version samaada telah bertukar atau tidak. Tetapi kebiasaannya IDM anda akan di-block setelah selesai proses install. HuHu…

Image

6. Jika keluar notis blocked tekan OK dan akan keluar ruangan Internet Download Registration. Isikan semua maklumat nama dan email anda.       

RLDGN-OV9WU-5W589-6VZH1
HUDWE-UO689-6D27B-YM28M
 
UK3DV-E0MNW-MLQYX-GENA1
 
398ND-QNAGY-CMMZU-ZPI39
 
GZLJY-X50S3-0S20D-NFRF9
 
W3J5U-8U66N-D0B9M-54SLM
 
EC0Q6-QN7UH-5S3JB-YZMEK
 
UVQW0-X54FE-QW35Q-SNZF5
 
FJJTJ-J0FLF-QCVBK-A287M

7. Copy salah satu Serial Number diatas dan Paste pada ruangan Serial Number. Seterusnya tekan OK.

8. Anda akan lihat Proses Registration ini cuba menyambung kepada internet jika IDM anda pernah diblok sebelum ini.. Klik pada simbol X (pangkah) dengan segera jika ini berlaku.

9. Abaikan jika keluar sebarang notis IDM Update selepas itu.

Image

SEBELUM UPDATE 6.12 BUILD 23

Image

SELEPAS UPDATE 6.12 BUILD 25

10. Buka kembali IDM dan lihat perubahan. Untuk lebih kepastian buka Youtube dan cuba download video samaada boleh atau tidak.

SELAMAT MENCUBA….GEREKZ SECHHH

 
27 Komen

Posted by di 17/11/2012 in sharing

 

Label: ,

Sisipan

Lama aku tak update blog ni. Malas, takda masa, tak ada idea. Tapi kali ni aku ada idea nak kongsi entry baru. Aku nak kongsi pasal IDM atau nama panjang dia INTERNET DOWNLOAD MANAGER. Apa mende tu??? Aku takde masa nak terangkan, korang search jelah kat Google. Bagi sesiapa yang tau apa itu IDM dan rase mende tu sangat berguna sebagai software komputer anda. Teruskan membaca…

Kepada anda yang ingin mendapatkan IDM Full Version tetapi menghadapi masalah Registration atau masalah install Path pada IDM atau mungkin telah mencuba kaedah download Crack Version atau Fake Serial Number disekat atau beberapa banyak lagi perkataan “atau” yang menyakitkan hati. Jangan pening kepala kerana terlalu banyak “atau”.HaHa bleh giler woo. Jangan khuatir kerana mungkin ada cara lain yang lebih mudah. Cuma dapatkan yang original di pasaran sekarang.HaHa main-main jelah.Ok teruskan membaca…

Caranya cukup mudah. Tidak perlu beli IDM berbayar, tidak perlu download Path dan tidak perlu download IDM Crack Version. Apa yang perlu hanyalah download Versi Terbaru IDM 6.12 Trial. Versi Percubaan untuk 30 hari yang akan ditukarkan menjadi Versi Penuh sehinggalah komputer anda jahanam.HiHi…

Begini caranya :

1.   Sediakan sedikit jamuan ringan untuk mengurangkan tekanan.

2.   Download IDM Trial version disini…sini…SINILAH. Pastikan Latest Version, senang tak payah nak update lagi.

3.   Selesai proses download, disconnect internet access.

4.   Install IDM yang telah selesai proses download. Dan kini IDM Trial Version siap. Buka IDM dan klik pada Help >> About IDM untuk melihat jenis version.

5.   Masuk ke Windows Explorer atau My Computer dan pergi ke OS (C:) drive dan cari folder Windows>>System32>>drivers>>etc.

6.   Didalam etc terdapat host file. Rightclick dan pilih Properties.

7.   Klik ke Security dan tukar pilihan Group or user names. Pilih nama Administrator(NAMA-PC\Administrator) dan klik EDIT.

Imej

8.  Kemudian tukar Group or user names kepada nama pengguna, seperti dibulatan merah gambar diatas.

9.  Tanda ruangan Allow pada bahagian Full Control, Modify dan Write. Kemudian klik Apply dan seterusnya klik OK.

10. Buka kembali host file dengan menggunakan Notepad.

11. Kemudian copy semua perkataan dibawah ini.

127.0.0.1    tonec.com
127.0.0.1    http://www.tonec.com
127.0.0.1    registeridm.com
127.0.0.1    http://www.registeridm.com
127.0.0.1    secure.registeridm.com
127.0.0.1    internetdownloadmanager.com
127.0.0.1    http://www.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1    secure.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1    mirror.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1    mirror2.internetdownloadmanager.com

12.  Pastikan mengikut susunan yang betul.  Kemudian paste pada notepad.

Imej 

12.  Paste perkataan tadi dibawah barisan terakhir ” #   ::1   localhost “

13.  Save Notepad dan exit.

14.  Buka IDM dan pergi ke registration.

15.  Jika IDM anda memaparkan notis blocked. Tekan OK. Jika IDM anda tidak blocked, pergi ke ruangan Registration.

Imej

16.  IDM Registration akan terpapar selepas itu. Masukkan Nama Dan Email anda.

RLDGN-OV9WU-5W589-6VZH1
HUDWE-UO689-6D27B-YM28M
 
UK3DV-E0MNW-MLQYX-GENA1
 
398ND-QNAGY-CMMZU-ZPI39
 
GZLJY-X50S3-0S20D-NFRF9
 
W3J5U-8U66N-D0B9M-54SLM
 
EC0Q6-QN7UH-5S3JB-YZMEK
 
UVQW0-X54FE-QW35Q-SNZF5
 
FJJTJ-J0FLF-QCVBK-A287M

17.  Masukan Serial Number. Copy Paste salah satu serial number yang diberi diatas.

18.  Sebelum itu pastikan sekali lagi Internet Access anda telah dimatikan. Seterusnya tekan OK.

19.  Anda akan lihat Proses Registration ini cuba menyambung kepada internet jika IDM anda pernah diblok sebelum ini.. Klik pada simbol X (pangkah) dengan segera jika ini berlaku. IDM anda akan hack dengan sendirinya menjadi Full Version.

20.  Abaikan jika terdapat notis update pada IDM anda selepas itu.

21. Masuk kembali ke IDM dan anda akan lihat IDM Trial sudah bertukar kepada IDM Full.

Imej

22. IDM anda kini siap dengan versi penuh. Untuk mengelakkan Registration anda disekat, jangan lakukan update secara terus melalui IDM.

SELAMAT MENCUBA….GEREKZ SECHH….

Tukar IDM Trial ke IDM Full

 
16 Komen

Posted by di 13/11/2012 in sharing

 

Label: , , ,

Aku Nak Pakai Android

“Puyoo roommate aku pakai hp baru HTC Sensation XE. Sound audio sedap beb. Member office plak pakai hp camera 3D LG Optimus. Canggih woo video pun 3D. Member club pun hp baru. Gempak betul Motorola ATRIX puyer game. My sister pakai Sony Xperia S camera 12mp tu. Pehh lagi  jealous awek aku bleh pakai Samsung Galaxy S2. Aper ingat aku tak mampu ke nak beli. Besok jugak aku beli Samsung Galaxy Note korang jangan jealous ok.”
image
Situasi sebegini mungkin pernah terjadi. Tapi jika anda seorang pengguna yang hanya tahu membuat atau menerima panggilan atau sms sahaja. Saya syorkan Nokia 1280 ada extra flashlight lagi. Tapi jika pandai menggunakan bluetooth untuk share music dan video 3gp. Saya syorkan Nokia XpressMusic series. Atau sekadar pandai guna wifi untuk layan Facebook semata-mata. Disyorkan pakai Nokia C3-00. Nak extra camera canggih, beli DSLR camera jer senang.
Tidak wajar membazir duit atas dasar menunjuk-nunjuk. Jika anda tahu senarai hp canggih di atas adalah sekadar handphone semata-mata dan tidak mahu belajar tentang kecanggihannya, dinasihatkan supaya jangan pakai.

Jika anda seorang yang memerlukan Android sentiasa berada disamping anda atau mahu belajar dan ambil tahu tentang Android. Belilah handphone android idaman anda tu.Tidak kira apa jenama handphone sekalipun dan selagi handphone itu dikuasakan dengan platform Android cara penggunaannya lebih kurang sama. Contohnya jika anda menggunakan Samsung Galaxy S2 anda boleh berkongsi tip dengan pengguna yang menggunakan Sony Xperia S. Android anda akan lebih optimum dengan mengaktifkan Akaun Gmail. Tanpa Gmail handphone anda ibarat kosong. Guna jer lah aplikasi pre-install yang ada. Tu pun belum tentu semua pre-install yang ada boleh digunakan. Satu lagi jika anda membeli new set handphone Android jangan sesekali menyuruh atau menerima pelawaan tokei kedai yang nampak mesra tu untuk mengaktifkan akaun Gmail anda. Selalunya si penjual hanya membuat akaun Gmail secara rambang tanpa anda ketahui alamat email dan password. Atau mungkin juga hanya memberi alamat email tanpa password kepada anda. Banyak risiko mungkin berlaku termasuk handphone anda mungkin disekat (block) penggunaannya kerana tersalah pattern lock (screen lock) atau Gmail diceroboh. Dan jika itu berlaku dan anda pula tak tahu nak buat apa??? Keluarkan sedikit duit n hantar kedai kasi bukak itu lock. HaHaHa…

Tak susah menggunakan handphone atau smartphone Android. Pertama aktifkan Gmail akaun. Ikut jer arahan berturutan yang akan keluar di screen. Jika anda tak faham bahasa yang digunakan. Pergi ke setting >> language & keyboard >> select locale dan pilih bahasa yang  difahami. Kemudian buat kembali Gmail anda. Aplikasi di Market atau Google Play akan aktif sepenuhnya apabila Gmail anda aktif. Mulai download aplikasi pilihan anda.
image
Sedikit info, untuk memastikan kelancaran Android anda, pastikan anda sentiasa memantau kandungan Memori RAM dan Memori ROM anda. RAM bermaksud Random Access Memory. Berfungsi penyimpan data secara sementara untuk aplikasi yang berjalan dan diproses CPU. Segala data akan hilang jika smartphone di switch off. Manakala ROM bermaksud Read Only Memory berfungsi menyimpan data secara kekal atau juga dikenali sebagai Internal Memory.
image
Contoh,jika memori RAM anda sebesar 837MB dan anda membuka banyak aplikasi serentak dalam satu masa seperti bluetooth, music, download movie, update market dan layan Facebook dan beberapa aplikasi yang tidak di log out atau exit dengan betul ini mungkin menyebabkan RAM sebanyak 837MB itu semakin sempit atau penuh dan CPU tidak dapat menjalankan proses Running dengan baik dan berlaku Force Close atau mungkin terus Hang. Internet yang lemah juga boleh menjadi punca Hang jika anda tidak sabar dan terlalu memaksa sesuatu pautan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku gunakan fungsi Task Manager dan hapuskan aplikasi yang tidak perlu dijalankan.
image
Selepas anda menggunakan aplikasi yang berkaitan dengan penggunaan internet, Memori ROM anda akan meningkat dengan kemasukan Memori Cache. Berbeza dengan komputer Cache akan disimpan ke RAM tetapi untuk smartphone Cache akan tersimpan kekal ke dalam Internal Memory iaitu ROM. Cache adalah sisa2 data internet yang tidak diperlukan lagi. Jika tidak dibuang, anda akan mendapati Memori ROM menjadi penuh. Untuk mengelakkan hal ini sentiasa buang Cache yang tertinggal di ROM smartphone anda. Download aplikasi seperti Super aTool Box di Android Market atau Google Play untuk memudahkan proses ini. Enjoy dengan Android.
image

 
3 Komen

Posted by di 15/04/2012 in sharing, smartphone

 

Label: , ,